Tarikh Bayaran Khas Tahun 2016 (Diumumkan Dalam Bajet 2017)

Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Berdasarkan Surat Pekeliling ANM Bil. 3 Tahun 2016, Bayaran Khas Tahun 2016 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berjumlah RM 500 dan pesara kerajaan yang menerima pencen RM 250 akan dibayar pada 3 Januari 2017.

Pegawai-pegawai yang layak berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Tahun 2016 ialah:

  1. Pegawai lantikan tetap, sementara, contract of service dan guru interim;
  2. Pegawai yang bercuti separuh gaji tetapi tidak sepanjang tahun 2016;
  3. Pegawai yang bercuti tanpa gaji tetapi tidak sepanjang tahun 2016;
  4. Pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta tetapi tidak sepanjang tahun 2016;
  5. Pemandu yang dilantik oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  6. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim serta Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

Manakala pegawai yang tidak layak pula adalah seperti berikut:

  1. pegawai yang berkhidmat kurang daripada 30 hari berturut-turut dalam tahun 2016;
  2. Pegawai yang bercuti separuh gaji sepanjang tahun 2016;
  3. Pegawai yang bercuti tanpa gaji sepanjang tahun 2016;
  4. Pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tahun 2016;
  5. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tahun 2016; dan
  6. Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tahun 2016

Bagi pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, Bayaran Khas Tahun 2016 ini ditangguhkan sehingga pegawai tersebut disahkan tidak bersalah.

Comments

Our Contributors