SKMM Siasat Penyebaran Berita Palsu Banjir

Sumber: SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan tiga kenyataan media di laman web rasmi SKMM bagi memburu penyebar berita yang dikatakan palsu berkait banjir di pantai timur pada Disember 2014. Berikut adalah kenyataan penuh SKMM:


CYBERJAYA, 2 JANUARI 2015 – Setelah lapan individu tampil untuk memberi keterangan bermula awal minggu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meminta kerjasama 14 individu berikut untuk hadir membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu berikutan

bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.

“Setakat ini, lapan individu yang diminta tampil telah pun memberikan kerjasama yang baik. Kesemua mereka telah hadir sendiri ke pejabat kami untuk membantu siasatan,” kata Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin.

Beliau berkata MCMC bekerja sama rapat dengan pihak Polis dalam siasatan kes-kes berkaitan berita palsu ini seperti yang telah dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Berikut merupakan kes berita palsu yang disebarkan bersama-sama dengan individu yang dikenalpasti untuk tampil membantu siasatan:

  1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita. Ketiga-tiga individu telah tampil memberi keterangan.
  2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai. 4 individu telah tampil dan 2 individu berikut diminta tampil, iaitu:
    • Raja Mohd Haidi bin Raja Daod (No Mykad: 881026-03-5993).
      Alamat terakhir: Kg Manek Urai, Kuala Krai, 18050 Kuala Krai, Kelantan
    • Zawawi bin Mat (No MyKad: 760319-03-6083).
      Alamat terakhir: No 26, Kg Tengah, 18000 Kuala Krai, Kelantan
  3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir. Seorang individu telah tampil.
  4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
    • Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203).
      Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Kelang
  5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
    • Mohamad Azrani bin Daud (No MyKad: 830228-02-6139).
      Alamat terakhir: No 70, Kampung Keda, Sadik, 09200 Kupang, Kedah
  6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan. 5 individu berikut diminta tampil, iaitu:
    • Mohd Fauzi bin Mohd Azmi (No MyKad: 750629-03-5183).
      Alamat terakhir: 2537, Lorong Bangau 2, Taman Si Buyong, Jalan Mentok Cukai, 24000 Terengganu
    • Mohamad Zamzami bin Yaakob (No MyKad: 670511-03-5145).
      Alamat terakhir: Kampung Wakaf Lichong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
    • El Jiffy bin Abd Aziz (No MyKad: 860327-56-5901).
      Alamat terakhir: 15 Jalan Melur 29, Taman Melur, Ampang, Selangor
    • Yuliza Indriani binti Zulfin (No MyKad: 860103-01-5708).
      Alamat terakhir: 981-A, Paya Bemban, Jalan Abd Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
    • Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203).
      Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Klang
  7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai. 3 individu berikut diminta tampil, iaitu:
    • Farah Wahida binti Abdullah Suhaimi (No MyKad: 841027-03-5104).
      Alamat terakhir: No 3-4-5 Blok 3 Sri Permata Condo, Jalan SASAAS 9/6, Seksyen 9, 40100 Shah Alam,
      Selangor
    • Natrah binti Mohamed (No MyKad: 850207-03-5106).
      Alamat terkahir: No 13, Jalan 4/10 B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
    • Norazimah binti Zakaria (No MyKad: 850918-02-5916).
      Alamat terakhir: Blok E1, 12 Mahallat Al Zahrawi, UIAM Jalan Istana, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
  8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
    • Siti Asiah binti Shaary (No Mykad: 931004-03-6154).
      Alamat terakhir: No 5, Jalan SD 2/2 Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka
  9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
    • Ayub bin Musa (No MyKad: 780410-11-5303).
      Alamat terakhir: No 24, Lorong Chengal Lempong Baru 12, Taman Balok Jaya, Fasa 3, Perkampungan Chengal, Lempong Bari, 26100 Kuantan, Pahang
  10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
    • Nor Azwani binti Saimi (No MyKad: 890330-03-6258).
      Alamat terakhir: No 48, Kg Air Lanas, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan

Cyberjaya, 28 Disember 2014 – Beberapa individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.

“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Mereka ini diminta untuk tampil membantu siasatan:

  1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687).
    Alamat terakhir: 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan
  2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172).
    Alamat terakhir: 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang
  3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870).
    Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan
  4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129).
    Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan

Mereka diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas boleh juga menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC.


Cyberjaya, 29 Disember 2014 – Empat individu yang diminta tampil membantu siasatan tentang penyebaran berita palsu keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai telah pun hadir hari ini di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk

memberi keterangan. MCMC kini dalam proses memperkemas siasatan tersebut untuk dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

MCMC terus mempergiat lagi siasatan penyebaran berita palsu banjir yang berleluasa dan hari ini meminta beberapa lagi individu untuk tampil memberi keterangan terhadap penyebaran berita palsu banjir menggunakan aplikasi media sosial dan aplikasi pesanan.

“Kami kini meneruskan siasatan penyebaran berita palsu berhubung banjir di Pantai Timur dalam dua kes lagi. Kes pertama ialah tentang berita palsu kematian ramai mangsa banjir yang kononnya disorok oleh kerajaan. Kami telah kenal pasti individu yang boleh membantu siasatan ini. Manakala kes kedua membabitkan tiga lagi individu yang kami telah kenal pasti berkaitan penyebaran berita palsu kematian 10 mangsa di Kuala Krai yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita,” kata Pengerusi MCMC, Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi.

Mereka ini diminta tampil bagi membantu siasatan MCMC:

  1. Norizan binti Osman (No MyKad: 660113-03-5810).
    Alamat terakhir: A-1-6 Desa Bangsawan Jln 27/117A, Off Jln Budiman, Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur
  2. Siti Hawa binti Mat Yunan (No MyKad: 940125-03-5320).
    Alamat terakhir: Kg Seneng Jelawat, Bachok 16370 Kelantan
  3. Nik Hasnan Izani bin Husain (No MyKad: 750923-03-6275).
    Alamat terakhir: Kampung Bukit Mas, Tanah Merah 17500 Kelantan
  4. Raja Rubiah binti Raja Abu Bakar (No MyKad: 600106-01-5286).
    Alamat terakhir: No. 21, Jalan Jaya 1, Taman Jaya, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur

Mereka di atas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat MCMC, En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Cik Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang individu-individu di atas boleh juga menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC.

MCMC sekali lagi memperingatkan dan memberi amaran supaya budaya menghantar atau berkongsi maklumat yang tidak ditentusahkan ini dihentikan serta merta. Perbuatan mereka ini berpotensi untuk mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan.

Comments

Our Contributors