Kadar kelayakan baharu Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia dan pemansuhan Wang Proses (kuat kuasa 1 Januari 2015)

Sumber: BPP Perbendaharaan Malaysia

Semasa pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri Malaysia selaku Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada RM80,000 kepada RM120,000 manakala kelayakan maksimum pula dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000.

Selain itu, wang pemprosesan bagi permohonan pinjaman sebanyak RM100 juga telah dimansuhkan.

Kedua-dua penambahbaikan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2015.

Berikut adalah jadual kelayakan baharu Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia :

Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
1
8,500 ke atas
600,000.00
2
6,500 ke 8,499
562,000.00
3 5,500 ke 6,499 525,000.00
4 4,500 ke 5,499 500,000.00
5 3,500 ke 4,499 475,000.00
6
3,000 ke 3,499
400,000.00
7
2,500 ke 2,999
350,000.00
8
2,000 ke 2,499
320,000.00
9
1,500 ke 1,999
260,000.00
10
1,200 ke 1,499
210,000.00
11
1,000 ke 1,199
150,000.00
12
999 dan ke bawah
120,000.00

Comments

Our Contributors