Bayaran Bonus Penjawat Awam 2015 dipercepatkan

Sumber: PPD Kuala Kangsar

Pembayaran Imbuhan Tahunan /  Bayaran Khas Prestasi / Bayaran Khas Contract For Service bagi tahun 2014 telah diawalkan daripada 22 Januari 2015 (tarikh pembayaran gaji Januari 2015) kepada 5 Januari 2015 (Isnin).

Arahan pembayaran bonus yang dipercepatkan ini telah dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP), JANM melalui emel pada 29 Disember 2014. Namun begitu, kelewatan mungkin berlaku tertakluk kepada sesetengah jabatan tertakluk kepada bahagian pembayaran gaji masing-masing.

Kemaskini: Menteri Kewangan Kedua memaklumkan pembayaran bonus ialah pada 15 Januari 2015.

Comments

Our Contributors